Friday 30 July 2010

SEPAK VOLUME 2


31 JULY 2010
SEPAK CHARITY FUTSAL TOURNAMENT VOLUME 2
BERTEMPAT DI GELANGGANG FUSAL BERDEKATAN GIM
ACARA BERMULA PD PUKUL 9.00 A.M
FUTSAL TOURNAMENT INI DIADAKAN BG MENGUMPUL DANA
UNTUK DISALURKAN KE BADAN2 KEBAJIKAN DAERAH SEGAMAT
DTGLAH BERAMAI UNTUK MEMBERIKAN SOKONGAN..
DONATE WITH SPORT!!=)

Sunday 11 July 2010

New Semester, New Blog, New Format

Assalamualaikum, alhamdulillah bertemu lagi kite di semester yang baru.
Rasanya tidak terlewat lagi untuk saya mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada adik-adik part 1 yang baru mendaftar. Nampaknya, bertambah lagi ahli D'trans untuk semester ini. Tidak lupe juga kepada pelajar lama, selamat memasuki semester baru. Moga-moga, semester baru ini dapat menguatkan lagi azam kita untuk terus memperbaiki diri, insya-Allah.

Bagi yang telah sedia maklum, ini merupakan blog ke-2 D'trans Society. Blog ini memenuhi kriteria dan format yang HEP mahukan dimana dapat memudahkan pihak HEA mendapatkan laporan aktiviti persatuan secara online. Selain itu, para pelajar kini boleh mendaftar online untuk menjadi ahli D'trans Society dan lawati mana-mana laman web yang berkaitan. Pihak HEP juga mengadakan pertandingan Blog Terbaik bagi menggalakkan para pelajar menggunakan medium ini sebagai tempat penyebaran maklumat. Selama dua hari (1o dan 11 julai) Bengkel Pengenalan Format Laporan diadakan di Makmal Omega dan hari ini Dtrans Society boleh didapati di blog, facebook dan juge twitter. Support us !

p/s : please click here to see D'trans older posts

Saturday 10 July 2010

Laporan Aktiviti Persatuan

LAPORAN PROGRAM D'TRANS UNITED PELAJAR BAHAGIAN 1,

PERSATUAN D'TRANS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KAMPUS SEGAMAT.


TARIKH : 15 OGOS 2009

HARI : SABTU

TEMPAT : SL 104 – 107 DAN LT 1, UITM JOHOR.

MASA : 7.45 A.M – 11.00 P.M

PELAJAR : BAHAGIAN 1( 113 ORANG)

AJK PROGRAM : 20 ORANG.


  1. OBJEKTIF PROGRAM

    Objektif utama program ini adalah merapatkan ukhwah dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara sesama pelajar dan pensyarah terutamanya pelajar semester 1 yang belum mengenali senior mereka.selain itu, dapat memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar transport tentang kursus yang diambil dan pendedahan sedikit yang akan disampaikan oleh pensyarah transport yang terlibat.akhir sekali. Akhir sekali, memupuk semangat bersukan dan berekreasi dikalangan pelajar untuk menjadikan pelajar sihat dari segi fizikal dan mental.

  2. AKTIVITI PROGRAM
    1. PENDAFTARAN PELAJAR

    Semua pelajar bahagian 1 telah hadir dan mendaftar untuk kehadiran sesi pagi bermula jam 7.45 pagi. Majlis dimulai dengan bacaan doa pembuka majlis oleh Saudara Mohd Iezzam bin Mohd Juaini. Seterusnya ucapan aluan disampaikan oleh YDP Persatuan D'trans dan Ketua Projek Progranm D'Trans United, Saudara Ahmad Yassir bin Jamaludin. Selesai ucapan daripada YDP D'trans dan Ketua Projek, pembahagian kumpulan kepada 10 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 2 orang fasilitator yang akan memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar bahagian 1.


    2. AKTIVITI SENAMROBIK

    Aktiviti ini telah diadakan pada jam 8.00 pagi bertempat di belakang blok Sri Laksamana. Semua pelajar yang terlibat dan juga AJK program tautan ukhwah bersama-sama melakukan senamrobik yang diketuai oleh Saudara Aras bin Rais. Kebanyakkan pelajar semester 1 amat berpuashati dan memberi kerjasama dalam menjayakan aktiviti senamrobik ini. Aktiviti ini bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan malah dapat mengurangkan ketegangan yang dialami sepanjang program ini berlangsung.

  3. LDK 1 (ICE BREAKING)

    Aktiviti ini bermula pada jam 9.00 pagi.setiap kumpulan diberi tugasan utuk menubuhkan sebuah syarikat pengangkutan yang terkenal. Objektif utama aktiviti ini adalah menerapkan sikap kerjasama setiap ahli didalam satu kumpulan kerja dan juga meningkatkan pemikiran yang kreatif, kritis dan inovatif untuk setiap tugasan yang diberikan. Tugasan ini juga perlu dibentangkan semasa di akhir sesi program. Selesai aktiviti LDK 1 , minuman pagi disediakan kepada semua pelajar yang mengikuti program ini.

  4. LDK 2 ( MAHLIGAI HIDUP)
    LDK ini mengenai tentang persediaan menghadapi realiti dunia perniagaan setelah mereka menamatkan pengajian mereka kelak. Aktiviti ini juga bertujuan melahirkan mahasiswa yang berfikiran kreatif, kritis, inovatif, berpandangan jauh dan mempunyai matlamat hidup yang jelas. Melalui aktiviti ini juga, mereka juga dilatih agar menjadi seorang yang berguna dan berdisiplin di masa akan datang. Selesai aktiviti ini, semua pelajar diberi masa selama 2 jam setengah untuk berehat, makan tengah hari dan solat Zuhur.



    2.5 AKTIVITI TAARUF BERSAMA EXCO-EXCO DTRANS.

Aktiviti ini diadakan untuk memberi peluang kepada semua pelajar-pelajar baru untuk mengenali para exco D'trans Society dengan lebih lanjut. Aktiviti ini bermula dengan setiap kumpulan diberikan sekeping kertas yang mengandungi petunjuk tentang ciri-ciri seorang exco. Setiap kumpulan dikehendaki mencari jawapan kepada petunjuk tersebut dengan tepat. Akhirnya, setiap kumpulan telah berjaya mencari dan meneka semua exco dengan tepat berdasarkan petunjuk yang diberi dalam masa yang ditetapkan. Sikap berkerja bersama dan bertolak ansur dapat dilihat semasa aktiviti senior hunt dan pelejar terhibur dengan persembahan yang dilakukan secara spontan oleh setiap kumpulan.

  1. PENUTUP

    Akhir sekali, sesi pembentangan untuk aktiviti LDK 1. Setiap kumpulan dan fasilitator masing-masing mempunyai idea dan gaya yang tersendiri dalam sesi pembentangan ini. Secara keseluruhan, segala aktiviti yang dirancang dalam program tautan ukhwah ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Setelah selesai aktiviti program tautan ukhwah, tibalah ke sesi bergambar bersama pelajar- pelajar semester 1 dan para exco. Semua pelajar semester 1 yang mengikuti program ini amat berpuashati dan gembira dengan aktiviti-aktiviti dan pengisian yang telah dilaksanakan. Majlis bersurai pada jam 11.00 malam.


NAMA PELAJAR SEMESTER (1) YANG MENYERTAI PROGRAM TAUTAN UKHWAH

ANJURAN D'TRANS SOCIETY , UITM JOHOR

SEMESTER DEC 08 – APRIL 09

BIL

NO.PELAJAR

NAMA

1

2008715743

AHMAD AIZUDDIN FIKRI B. AZMI

2

2008363411

AZUA BT.ZULKEPELI

3

2008520173

ANIS BT. MD SHUKRI

4

2008748133

FEAZATUL SOLEHAH BT. ABU BAKAR

5

2008766223

FATIN EZZATEE BT. EDY MUSTOMI FAISEL

6

2008561869

FATIN IDORA BT. KAMAL

7

2008724749

FAZLIN T. SHARIFF

8

2008510337

HASNIDA BT. HASSAN SABERY

9

2008391987

MOHAMAD HAZMI B. HASHIM

10

2008739159

MOHD SUFI AKMAL B. HASHIM

11

2008747385

NADIA AZEERA BT. ADULLAH

12

2008307949

NOOR FATHEHAH BT. KAMARZAMAN

13

2008322949

NOR AZMAH BT. RAMLI

14

2008770301

NORSHAHIZAH BT. TAZALI

15

2008550703

NORSYAHIDA BT. MOHAMMAD AZINAN

16

2008535303

NORSYAMIZA BT. SAMAT

17

2008776155

NUR HAYATI BT. BAHARUN

18

2008339885

NUR SABRINA BT. MOHD SANI

19

2008530223

NUR SHAHFERAH BT. ROSLAN

20

2008597707

NURUL HIDAYAH BT.MISHAN

21

2008373081

SHATIRAH FIRDAUS BT. AZMAN

22

2008356907

SITI AFIQAH BT. PAUZI








DISEDIAKAN OLEH,



(MOHD IEZZAM BIN MOHD JUAINI)

SETIAUSAHA (I),

D'TRANS SOCIETY.



DISAHKAN OLEH,

(AHMAD YASSIR BIN JAMALUDIN)

YANG DIPERTUA,

DISEMAK OLEH,


(PN. NORAZMAWATI BT. HUSAIN)

PENASIHAT D'TRANS SOCIETY.