TARIKH : 16 September 2012
TEMPAT : Dewan Sri Temenggung
Program Amal Pesona Bintang ini adalah aktiviti
menarik yang julung kali diadakan oleh Dtrans Society dengan kerjasama Performing
Arts Club (PAC) UiTM Johor. Program Amal Pesona Bintang ini dianjurkan bagi
tujuan beramal disamping memenuhi aktiviti-aktivit pelajar di UiTM Segamat agar
masa yang ada tidak terbuang sia-sia. Disamping mencungkil bakat-bakat muda
pelajar dalam bidang nyanyian, program ini juga menyimpan hasrat untuk berbakti
dan beramal kepada golongan yang kurang
bernasib baik seperti badan
Orang Kurang Upaya (OKU) Selain itu program ini juga bertujuan meningkatkan
daya saing antara pelajar-pelajar di UiTM Johor.
Seramai lebih kurang 400 tetamu
telah hadir yang terdiri daripada pelajar-pelajar diploma di UiTM Johor Kampus
Segamat. Turut hadir memeriahkan lagi majlis tersebut adalah tetamu dari band
luar IamNeeta yangterdiri dari 3 ahli Neeta, Anas dan Patrick. Di ikuti dengan
Penasihat Program Pn Azlina binti Samsudin. Majlis ini juga dikendalikan oleh
40 orang urus setia yang terdiri
daripada exco-exco Dtrans Society dan PAC.
Turut menjayakan program adalah IOI
Studio yang membekalkan peralatan muzik bagi kemudahan dan kelancaran majlis.Aktiviti utama yang dijalankan adalah pertandingan
antara 9 buah band yang terdiri daripada pelajar dari pelbagai course.
Menjelang malam aktiviti diteruskan dengan pertandingan band peringkat akhir berselangkan
persembahan hebat dari band terkenal Malaysia IamNeeta. Akhir sekali adalah
pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah.
OBJEKTIF
- Pelajar dapat menyumbang kepada penambahan fasiliti berkaitan dengan mobility Orang Kurang Upaya (OKU)
- Meraikan Orang Kurang Upaya satu Malaysia dan menghargai golongan istimewa
- ini.
- Dapat memberi motivasi kepada setiap pelajar bahawa setiap orang mempunyai kelebihan mereka tersendiri.
- Dapat memupuk sikap suka berdaya saing.
- Dapat merapatkan silaturrahim antara dua persatuan di Uitm Johor iaitu persatuan D'Trans dan Performing Arts Club(PAC).
PENUTUP
Alhamdulillah
, Program Amalam Pesona Bintang (PAPB) anjuran Dtrans Society dengan kerjasama
Performing Arts Club (PAC) telah berjaya mencapai matlamatnya dan program ini
adalah program penutup bagi aktiviti D’trans Society pada Semester Jun-Okt
2012. Ribuan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat dalam menjayakan
Program Amalam Pesona Bintang (PAPB) ini. Apa yang diharapkan agar kerjasama
dan hubungan yang terjalin antara semua pihak dapat di teruskan pada masa-masa akan datang.