Monday 11 July 2011

Laporan 'Transport Talk'

LAPORAN TRANSPORT TALK
D’TRANS SOCIETY
JUN-OKTOBER 2011

ANJURAN :
D’TRANS SOCIETY UiTM JOHOR

TARIKH :
9 JULAI 2011

TEMPAT :
DEWAN KULIAH 2





PENGENALAN

D’trans Society telah menganjurkan Transport Talk atau Seminar Program Profesional bagi memberi pendedahan kepada semua pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan (Pengangkutan) terhadap bidang yang berkaitan serta memperkenalkan peluang pekerjaan yang boleh diceburi pada masa hadapan.


LATAR BELAKANG

Majlis ini telah diadakan pada 9 Julai 2011, bersamaan hari Sabtu, bertempat di Dewan Kuliah 2 (DK2). Jumlah peserta yang terlibat adalah seramai 250 orang yang terdiri daripada pelajar semester 1 hingga semester 6.

Turut hadir memeriahkan lagi majlis tersebut adalah panel jemputan iaitu Pengarah Bahagian Pengangkutan Mara, En. Hamichan bin Zain, Pengarah Urusan Baiduri Dimensi Sdn. Bhd, En. Musa Mohammad dan Penasihat D’Trans Society, Puan Azlina Bt. Samsudin.
 

OBJEKTIF

1) Memberi pendedahan awal kepada pelajar semester baru kursus diploma pengurusan perniagaan (pengangkutan) mengenai kursus ini.
2) Melahirkan mahasiswa yang berpengetahuan luas supaya mereka boleh merancang masa depan dalam bidang pengangkutan.
3) Menggalakkan pelajar meneruskan cita-cita untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama pada masa hadapan.
 




PENCAPAIAN AKTIVITI

Jumlah jemputan yang hadir pada Majlis Seminar Program Profesional melebihi 200 orang.
LAMPIRAN II


KEMAJUAN/MASALAH YANG DIHADAPI

Saiz DK 2 yang tidak dapat menampung pelajar yang ramai menyebabkan jawatankuasa terlibat terpaksa mengambil masa untuk menyediakan semua fasiliti pada saat akhir.
Kelewatan makanan
Pertukaran tentatif pada saat akhir


CADANGAN

Membuat tempahan lokasi majlis yang bersesuaian dengan jumlah jemputan sebulan sebelum tarikh majlis akan diadakan.



STRUKTUR JAWATAN KUASA PERLAKSANAAN PROGRAM

Penasihat
PUAN NURAZLINA BINTI SAMSUDIN

Ketua Projek
NOOR ILIYANA BINTI ROSLI

Penolong Ketua Projek
KHAIRILL ANAS BIN MISNAN

Bendahari
SITI NUR AMINAH BINTI MOITHU KUTTI

Setiausaha
SITI HAJAR BINTI ABD MALIK

AJK Protokol & Perhubungan
QATHRUN NADAA BINTI MOHD AKIL
IZMAHARIZ BIN AZMAN

AJK Multimedia
ABDUL FATTAH BIN MOHAMMED RAZIF

Biro Penajaan
NUR SHAFIQAH BINTI AB. RAHIM

AJK Makanan
AINNUR HADHINAH BINTI SHAHRUM
NUR AMIRAH BINTI JOHAR

AJK Cenderahati & Publisiti
KHALIDAH BINTI JALIL

AJK Pendaftaran
SITI HAJAR BINTI ABD MALIK
NORSHAZWANI BINTI AHMAD

AJK Teknikal
SUTOPO BIN MISRO
UMAR HASIF BIN ZUALKAFLY





SENARAI VIP YANG TERLIBAT

1. Pengarah Bahagian Pengangkutan Mara, En. Hamichan bin Zain
2. Pengarah Urusan Baiduri Dimensi Sdn. Bhd, En. Musa Mohammad
3. Penasihat D’Trans Society, Puan Azlina Bt. Samsudin.


TENTATIF

9 JULAI 2011, SABTU ; DEWAN SRI TEMENGGUNG
‘MORNING TALK’
8.00 pagi : Ketibaan dan pendaftaran para pelajar.
8.45 pagi : Ketibaan penceramah dan tetamu kehormat.
9.00 pagi : Majlis bermula.
Bacaan doa
Ucapan Penasihat.
Ceramah I (CILT).
10.30 pagi : Rehat dan minum pagi.
11.00 pagi : ceramah II (MITRANS).
12.45 tengah hari : Sesi soal jawab.
1.00 tengah hari : Makan tengah hari dan solat zuhur.

‘EVENING TALK’
2.15 petang : Ketibaan dan pendaftaran para pelajar.
2.45 petang : Ceramah III (Penang Port).
3.45 petang : Ceramah IV (Baiduri Dimensi).
4.45 petang : sesi soal jawab.
5.00 petang : majlis penutup.
Penyampaian hadiah dan honorarium.
5.15 petang : Minum petang dan bersurai.





sesi pendaftaran pelajar



nyanyian lagu negaraku



 
PENUTUP

Alhamdulillah, program ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai hasrat D’Trans Society memupuk minat mahasiswa serta menjadi titik-tolak kepada kami untuk menjalanakan aktiviti seterusnya. Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Makan Malam D’trans Society ini. Apa yang diharapkan agar kerjasama dan hubungan yang terjalin antara semua pihak dapat di teruskan pada masa-masa akan datang.

No comments:

Post a Comment