Monday 19 November 2012

Laporan Program Amal Pesona Bintang (PAPB)



ANJURAN : D'Trans Society & Performing Arts Cluc
TARIKH : 16 September 2012
TEMPAT : Dewan Sri Temenggung

Program Amal Pesona Bintang ini adalah aktiviti menarik yang julung kali diadakan oleh Dtrans Society dengan kerjasama Performing Arts Club (PAC) UiTM Johor. Program Amal Pesona Bintang ini dianjurkan bagi tujuan beramal disamping memenuhi aktiviti-aktivit pelajar di UiTM Segamat agar masa yang ada tidak terbuang sia-sia. Disamping mencungkil bakat-bakat muda pelajar dalam bidang nyanyian, program ini juga menyimpan hasrat untuk berbakti dan beramal kepada golongan yang kurang  bernasib baik seperti badan Orang Kurang Upaya (OKU) Selain itu program ini juga bertujuan meningkatkan daya saing antara pelajar-pelajar di UiTM Johor.

Seramai lebih kurang 400 tetamu telah hadir yang terdiri daripada pelajar-pelajar diploma di UiTM Johor Kampus Segamat. Turut hadir memeriahkan  lagi majlis tersebut adalah tetamu dari band luar IamNeeta yangterdiri dari 3 ahli Neeta, Anas dan Patrick. Di ikuti dengan Penasihat Program Pn Azlina binti Samsudin. Majlis ini juga dikendalikan oleh 40 orang  urus setia yang terdiri daripada exco-exco Dtrans Society dan PAC. 

Turut menjayakan program adalah IOI Studio yang membekalkan peralatan muzik bagi kemudahan dan kelancaran majlis.Aktiviti utama yang dijalankan adalah pertandingan antara 9 buah band yang terdiri daripada pelajar dari pelbagai course. 

Menjelang malam aktiviti diteruskan dengan pertandingan band peringkat akhir berselangkan persembahan hebat dari band terkenal Malaysia IamNeeta. Akhir sekali adalah pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah.


OBJEKTIF

  • Pelajar dapat menyumbang kepada penambahan fasiliti berkaitan dengan mobility Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Meraikan Orang Kurang Upaya satu Malaysia dan menghargai golongan istimewa 
  • ini.
  • Dapat memberi motivasi kepada setiap pelajar bahawa setiap orang mempunyai kelebihan mereka tersendiri.
  • Dapat memupuk sikap suka berdaya saing.
  • Dapat merapatkan silaturrahim antara dua persatuan di Uitm Johor iaitu persatuan D'Trans dan Performing Arts Club(PAC).
                                                                          
                                                                       PENUTUP

Alhamdulillah , Program Amalam Pesona Bintang (PAPB) anjuran Dtrans Society dengan kerjasama Performing Arts Club (PAC) telah berjaya mencapai matlamatnya dan program ini adalah program penutup bagi aktiviti D’trans Society pada Semester Jun-Okt 2012.  Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam  menjayakan Program Amalam Pesona Bintang (PAPB) ini. Apa yang diharapkan agar kerjasama dan hubungan yang terjalin antara semua pihak dapat       di teruskan pada masa-masa akan datang.














No comments:

Post a Comment