Monday 19 November 2012

LAPORAN AKTIVITI IHYA’ RAMADAN SESI JUN – NOVEMBER 2012


TARIKH : 28 JULAI 2012
TEMPAT : MASJID AS-SYAKIRIN
ANJURAN : PERSATUAN D'TRANS

 Program “Ihya’ Ramadan” yang dianjurkan oleh Persatuan D’trans bersempena menyambut bulan Ramadan yang telah dijalani oleh semua umat Islam bermula 21 Julai 2012. Aktiviti ini akan dikelola oleh semua ahli jawatankuasa Persatuan D’trans dengan kerjasama daripada pihak Masjid As-Syakirin beserta penglibatan pelajar daripada jurusan Diploma Pengajian Perniagaan (Pengangkutan) UiTM Johor.

OBJEKTIF

  • Supaya pelajar dapat memanfaatkan bulan Ramadhan dengan aktiviti-aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.
  • Agar dapat merapatkan silaturrahim diantara pelajar-pelajar jurusan Diploma Pengajian Pengangkutan UITM Johor.
  • Dapat menimbulkan kesedaran dan memupuk keinsafan dikalangan mahasiswa dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat dibulan Ramadhan.
  • Merapatkan ukhwah dikalangan pelajar-pelajar jurusan Diploma Pengajian Pengangkutan UITM Johor dengan pihak pentadbiran.

                                                  TENTATIF PROGRAM

10.00 am : Semua peserta berkumpul di perkarangan Masjid As-Syakirin
10.15 am : Ketua Projek memberi taklimat dan mengagihkan tugas
10.30 am : Persiapan untuk memasak bubur lambuk
12.00 pm : Bubur mula dimasak
1.20   pm : Solat Zohor berjemaah
2.00   pm : Sesi bacaan tadarus Al Quran
5.00   pm : Penyampaian sumbangan dan cenderahati kepada pihak yang terlibat
7.30   pm : Aktiviti Masjid. Solat Maghrib, Isyak dan terawih. Bersurai. 

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat      : Puan Nurazlina Binti Samsudin
                                             Puan Rohana Binti Sham
Ketua Projek  : Nor Afza Binti Mohamed
                                               Abdul Aziz Bin Fazlil
Bendahari     : Nursyahida Binti Mohammad
                                             Wan Arisha Binti Ab Aziz
Setiausaha    : Fateen Shahirah Binti Rose Effendi
                                              Nur Izzatul Nadia Binti Mohamad zin
Biro Makanan : Nuratiqah Binti Mohd Samsury                              
Biro Hadiah/   : Norshazwani Binti Ahmad
Cenderamata : Nurhidayah Fazira Binti Azizi                                         
Biro Aktiviti     : Mohammad Firdaus Bin Mohammad Zaid
                                             Mohd Haqim Bin Zulkifli                                      
                                             Mohammad Fadzly Bin Noor Azimi


 PENUTUP
Secara kesimpulannya, program yang dijalankan oleh Persatuan D’trans ini telah mendapat sambutan dan kerjasama yang menggalakkan daripada para pelajar Diploma Pengajian Perniagaan (Pengangkutan) UITM Segamat, Johor. Dengan ini, saya sertakan gambar-gambar sepanjang program ini dijalankan. Sekian, terima kasih.








No comments:

Post a Comment